Assalamualaikum,
This will be the first entry for this blog...Actually blog ni dah lama wujud cuma kewujudannya tanpa apa-apa entry...Dah lama teringin menulis blog dan harap saya tak menulis terlalu banyak perkara personal di sini...Cuma sekadar sebuah blog untuk berkongsi idea dan perasaan tentang isu-isu semasa...
Saya tertanya-tanya, kenapa agaknya ramai yang bersemangat nak sambut tahun baru 2012(termasuk saya la tu..hehehe) sedangkan Awal Muharram 2012 dah menjelma sebulan yang lalu...Ok, maybe sebab dalam kehidupan kita seharian ni kita gunakan tahun masihi. Maka secara automatiknya, fokus lebih kepada tahun Masihi 2012...
Semalam, sy menutup tahun 2011 dengan aktiviti mengeratkan silaturrahim antara keluarga..Seharian di rumah sempat lunch bersama and having dinner dekat Restoran Satay D'Rimba & Ikan Bakar, Batu 23, Hulu Langat yang agak jauh dari kota raya Kuala Lumpur ni..
Apa pun, saya rasa sangat berbangga sebab sambutan Tahun Baru 2012 banyak menampakkan kelainan bila mana banyak aktiviti2 keagamaan yang turut dijalankan sebagai atucara sambutan mcm Ceramah Ustaz Azhar Idrus @Dataran Shah Alam dan Sambutan Tahun Baru IKIM @Masjid Wilayah...Alhamdulilah, menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam mencari hiburan...
Finally, Semoga tahun baru akan menjadikan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...
P/s : Nak buat sesuatu yang baik, tak perlu tunggu tahun baru ok.. (^_~)
No comments:
Post a Comment